Mengenai Kami...

Sejarah Penubuhan


Penubuhan Kelab Kompang Az-Zahra telah diasaskan oleh Penasihat Surau Fatimah Az-Zahra iaitu Al-Fadhil Ustaz Zuridan Md Daud dan dijayakan bersama dengan Tn. Hj Nordin Bin Mokhtaram pada tahun 2010.


Di awal penubuhan kelab ini, penglibatan hanya terdiri dari kalangan ustaz-ustaz dan jemaah surau sebagai perintis jalan bagi mengembangkan kelab ini. Di antara ustaz-ustaz yang telibat adalah Ustaz Joha, Ustaz Hafizi, Ustaz Radhi dan Ustaz Yazid manakala dikalangan jemaah surau pula Pok Din, Cikgu Zein, Azman (Petronas) dan Sukor.


Apabila semakin ramai remaja yang menyertai kelab ini, perintis-perintis ini mula meninggalkan kelab dan kini yang masih kekal adalah Tn. Hj. Nordin, Jefri, Jafri, Salleh, Cikgu Mus, Amin, Adha, Ibrahim dan Redhuan.


Jumlah keseluruhan ahli sehingga kini adalah seramai 27 orang.


Objektif
  • Menarik minat remaja untuk mendekatkan diri kepada surau atau masjid,
  • Menghimpunkan remaja dan mengatur aktiviti bermanfaat kepada remaja, dan
  • Menyediakan persekitaran yang baik atau biah hasanah di kalangan remaja dan masyarakat.

Organisasi Tertinggi

Penasihat
Ustaz Zuridan Bin Md Daud





Ketua Pasukan
Tn. Hj. Nordin Bin Mokhtaram







Ketua Jurulatih
En. Jefri Jaafar Bin Tukiman






Penolong Jurulatih
En. Salleh Bin Yacob







Unit Penerbitan
Redhuan Bin Ngah